Rabu, 28 Januari 2015

TIPS PENJAGAAN ANAK KUCING YANG BARU LAHIR

Ramai yang tidak mengetahui bahawa anak kucing ini memerlukan penjagaan yang begitu rapi sebagaimana manusia menjaga anaknya sendiri.






Dalam tempoh 4 minggu pertama hidupnya, anak kucing (‘si Comel’) amat bergantung kepada ibunya untuk hidup.  Sekiranya anda terjumpasi Comel yang baru lahir tanpa ibu kucing (mungkin ibu kucing mati, meninggalkan atau terpisah dari anak kucing, ibu kucing tidak dapat menyusukan anaknya, dll), dan anda ingin memberi peluang hidup kepada anak kucing ini, maka:

berikut adalah tips-tips penjagaan anak kucing yang baru lahir yang disyorkan oleh mereka yang berpengalaman:


Tip Terbaik Penjagaan Kucing Comel Gambar kredit kepada farmaline.co.uk

Sekiranya anak kucing  nampak sihat, berikan ia minum susu yang sesuai seperti Milkodog (jangan sekali-kali memberinya minum susu lembu!)setiap 2 jam.  Jika tiada susu tersebut, anda juga boleh membancuh susu gantian untuknya dengan mencampurkan:
  • 4 Cawan air masak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garamdftre

Tip # 1

Anak kucing yang sendirian amat mudah kesejukan dan mengalamihiportermia. Sekiranya badan si Comel sejuk, selimutkan ia dan letakkan ia pada tubuh anda untuk menaikkan suhu badan anak kucing ini. Anak kucing yang baru lahir tidak akan menggigil kesejukan, oleh itu anda hendaklah menggunakan deria sentuhan anda untuk mendapatkan kepastian.

Tip # 2

Pastikan si Comel tidak mengalami dehidrasi (dehydration) atau kekeringan:
  1. Cubit dan tarik dengan lembut kulit pada belakang leher si Comel
  2. Lepaskan kulit tersebut dan sekiranya ia kembali ke asal segera, ini bermakna anak kucing ini tidak mengalami dehidrasi dan boleh diberi minum susu.
  3. Sekiranya kulit anak kucing mengambil masa lebih daripada 1 saat untuk kembali normal, ini menunjukkan yang anak kucing tersebut mengalami dehidrasi dan memerlukan bantuan doktor haiwan.  Sekiranya anda tidak dapat membawanya ke klinik haiwan, anda bolehlah membancuh minuman khas untuknya (didihkan 2 cawan air dan kemudian tambah 5 sudu kecil gula dan ¼ sudu kecil garam sehingga ia larut, masukkan dalam peti sejuk.  Apabila suam, bolehlah diberi minum si Comel menggunakan picagari/syringe, bekas botol ubat mata/eye dropper atau botol khas).
  4. Beri si Comel minum 1 – 1.5ml setiap 30 minit sehingga ia membuang air kecil.

Tip # 3


                                Gambar kredit kepada farmaline.co.uk
Sekiranya anak kucing  nampak sihat, berikan ia minum susu yang sesuai seperti Milkodog (jangan sekali-kali memberinya minum susu lembu!)setiap 2 jam.  Jika tiada susu tersebut, anda juga boleh membancuh susu gantian untuknya dengan mencampurkan:
  • 4 Cawan air masak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
Apabila memberi anak kucing minum, baringkan ia pada dadanya, dudukkan atau tegakkan ia, jangan baringkan ia ke belakang seperti bayi kerana itu boleh menyebabkan ia tersedak atau lemas kerana air susu masuk ke dalam paru-paru.